Tuesday, November 3, 2020

SOLAT

 PENGERTIAN IBADAH SOLAT

Dari segi bahasa solat bermaksud doa. Dari segi istilah pula solat ialah: Beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu.


DALIL WAJIB SOLAT


Firman Allah ﷻ:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”

(Surah al-Baqarah: 43)



KATEGORI RUKUN SOLAT


  • Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
  • Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
  • Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.


RUKUN SOLAT 




SYARAT WAJIB SOLAT

1) Islam
2)Baligh
3) Berakal
4) Suci daripada haid dan nifas

SYARAT SAH SOLAT

1) Suci daripada hadas kecil dan besar

2) Suci tempat ,pakaian,dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan

3) Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya

4) Menutup aurat

5) Menghadap ke arah kiblat

NIAT SOLAT FARDHU






No comments:

Post a Comment

diari harian di ipg

 gshagu